bersempena dengan cuti semester yang baru tiba, ayuh kita isi masa terluang dengan perkara berfaedah. bagi seorang mahasiswa, keberadaan di kampus lembah hijau atau mana-mana kampus di dalam atau luar negara adalah dalam usaha memberi sumbangan kepada masyarakat setempat. justeru, saya mengharapkan agar mahasiswa yang sedang bercuti dapat mengisi cuti semester anda dengan aktiviti kemasyarakatan di kawasan tempat tinggal masing-masing. bina hubungan sebaiknya dengan jiran tetangga dan golongan yang lebih tua. sama-samalah kita memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan. keprihatinan mahasiswa terhadap mesyarakat amat penting kerana mahasiswa adalah pelapis kepimpinan dan sektor-sektor profesional pada masa hadapan.
akhir kata, saya mengharapkan agar sekembalinya kita ke kampus lembah hijau pada semester akan datang adalah dengan wajah dan penampilan baru.. penampilan sebagai seorang mahasiswa yang lebih memahami dan menjiwai masyarakat.
ayuh..mahasiswa cakna rakyat!!!
NUR SHAFIQA MOHD ALI
PERSATUAN MAHASISWA ISLAM (PMIUPM)
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP)
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
0 comments:
Post a Comment