Kerosakan Jalan di UPM Perlukan Perhatian

Isu kerosakan jalan utama sekitar Universiti Putra Malaysia bukan lagi merupakan suatu permasalahan baru yang bukan hanya dialami oleh mahasiswa malah turut melibatkan staf universiti. kerosakan jalan ini bukan hanya membahayakan pengguna jalan raya di sini malah turut memberikan pemandangan yang kurang baik.

Melihatkan kepada permasalahan yang kian meruncing ini, tindakan segera telah diambil oleh Siti Fasihah Bt Mohd Zahari anggota Majlis Perwakilan Pelajar UPM daripada Persatuan Mahasiswa Islam UPM dengan membuat aduan rasmi kepada Naib Canselor UPM. tindakan ini diambil sebagai tindakan susulan setelah masalah kerosakan jalan utama yang menghubungkan UPM dan MARDI Serdang berjaya diselesaikan.

beberapa jalan yang diukenalpasti mengalami kerosakan teruk adalah di antara perhentian bas perpustakaan hingga Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Sekitar perpustakaan dan Fakulti Pertanian dan beberapa jalan lain lagi."kini, saya sedang menanti dan mendapatkan mamlum balas setelah aduan rasmi tersebut telah dibuat" kata beliau ketika dihubungi. menurut Siti Fasihah lagi, adalah menjadi suatu kewajipan bagi pihak universiti untuk menyediakan prasarana terbaik kepada mahasiswa selaku pengguna di universiti.

Jalan yang dikenalpasti mengalami kerosakan teruk


Read More...

MAHASISWA CAKNA RAKYAT

cuti semester tiba jua setelah kita telah berhempas pulas dan bersusah payah mentelaah pelajaran sepanjang musim peperiksaan akhir yang lalu..kepada semua warga mahasiswa kampus hijau, tahniah dan syabas kerana berjaya menempuh musim peperiksaan. sama-samalah kita bertawakkal semoga kecemerlangan akademik sentiasa bersama kita.

bersempena dengan cuti semester yang baru tiba, ayuh kita isi masa terluang dengan perkara berfaedah. bagi seorang mahasiswa, keberadaan di kampus lembah hijau atau mana-mana kampus di dalam atau luar negara adalah dalam usaha memberi sumbangan kepada masyarakat setempat. justeru, saya mengharapkan agar mahasiswa yang sedang bercuti dapat mengisi cuti semester anda dengan aktiviti kemasyarakatan di kawasan tempat tinggal masing-masing. bina hubungan sebaiknya dengan jiran tetangga dan golongan yang lebih tua. sama-samalah kita memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan. keprihatinan mahasiswa terhadap mesyarakat amat penting kerana mahasiswa adalah pelapis kepimpinan dan sektor-sektor profesional pada masa hadapan.

akhir kata, saya mengharapkan agar sekembalinya kita ke kampus lembah hijau pada semester akan datang adalah dengan wajah dan penampilan baru.. penampilan sebagai seorang mahasiswa yang lebih memahami dan menjiwai masyarakat.

ayuh..mahasiswa cakna rakyat!!!

NUR SHAFIQA MOHD ALI
PERSATUAN MAHASISWA ISLAM (PMIUPM)
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP)
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Read More...

MENCORAKKAN MAHASISWA SAINS SECARA HOLISTIK

PEMBAWAAN DARIPADA MALJIS PERWAKILAN PELAJAR FAKULTI SAINS


NUR SYAFIQAH MOHD ALI

FATANAH BT DERAMAN

MOHD RAZIK MIDIN


VISI

MEMARTABATKAN MAHASISWA DALAM MENGHARUNGI CABARAN GLOKAL

MEWUJUDKAN FAKULTI SAINS SEBAGAI TAMAN-TAMAN ILMU MAHASISWA


MISI

MENGADAKAN PROGRAM YANG MERANGSANG MINDA AGAR ILMU YANG ADA DAPAT DI APLIKASI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

FAKULTI BUKAN SEKADAR KEHADIRAN KULIAH, TUTORIAL ATAU MAKMAL TETAPI TEMPAT BERBINCANG ILMU YANG BELAJAR DI DALAM BILIK KULIAH.

MENYEDIAKAN KEMUDAHAN YANG DIPERLUKAN OLEH MAHASISWA DAN MEMPUNYAI SISTEM PENGURUSAN DAN PANTAUAN YANG EFISIEN.

MEWUJUDKAN PERSEKITARAN YANG MESRA ALAM DENGAN MENAMBAH HIAS TUMBUHAN-TUMBUHAN HIJAU DI BAHAGIAN YANG STRATEGIK DAN TUMPUAN RAMAI.

MEWUJUDKAN KIOSK UNTUK KEMUDAHAN PELAJAR FAKULTI SAINS.

BILIK KEGIATAN PELAJAR

MENGADAKAN PERTANDINGAN DEBAT INTER FAKULTI

Read More...

SELAMAT DATANG

selamat datang ke laman baru aktivis gerakan mahasiswa Universiti Putra Malaysia. laman ini merupakan kesinambungan daripada laman mahasiswa terdahulu promahasiswaupm.blogspot.com. laman tersebut terpaksa dihentikan kerana terdapat permasalahan yang tidak dapat dielakkan. kami di pakatan Pro-M UPM memohon ampun dan maaf di atas sebarang kesulitan yang di hadapi.

laman ini dibina bagi mengetengahkan dan membuka ruang informasi alternatif bagi sebarang berita terkini berhubung hal kemahasiswaan Universiti Putra Malaysia. pasti ramai yang tertanya-tanya ke mana arah dan halatuju gerakan mahasiswa UPM dan aksi MPP Pro-M yang telah memenangi beberapa kerusi Pilihan raya Kampus lalu. teruskan melawati laman ini bagi informasi semasa.

Read More...

SALAM MAULIDURRASUL..

12 Rabiulawal bakal menjelang tidak lama lagi. Tarikh tersebut merupakan hari yang penuh bermakna di mana lahirnya seorang nabi yang membawa syafaat kepada umat Islam. Kelahiran baginda disambut dengan begitu gembira termasuklah bapa saudara baginda , Abu Lahab yang telah membebaskan hambanya, Thuwayba semasa kelahiran baginda Nabi Muhammad S.A.W walaupun kemudiannya Abu Lahab adalah orang yang kuat menentang dan memusuhi baginda kerana membawa ajaran Islam yang tidak dapat diterima olehnya.


Setiap tahun sambutan Maulidur Rasul akan disambut oleh Negara kita tidak kira di peringkat sekolah, university, daerah, negeri, kebangsaan dan sebagainya yang bertujuan untuk mengingati perjuangan dan pengorbanan baginda dalam menyebarkan Islam. Pelbagai bentuk program dianjurkan sempena menyambut Hari Keputraan baginda seperti perarakan, syarahan dan termasuklah anugerah maulidur rasul serta pelbagai lagi aktiviti dalam usaha meningkatkan penghayatan untuk mengenali Rasulullah dan peruangan baginda dengan lebih dekat lagi.

Walaubagaimanapun, terdapat segelintir umat Islam yang lebih mengagong-agongkan hari kekaksihnya malah langsung tidak mengetahui bilakah hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Bayangkanlah Nabi Muhammad hingga ke saat wafat bagida masih lagi mengingati umatnya, kita sebagai umatnya tidak langsung mengingati baginda apatah lagi menjadikan baginda sebagai idola dan mengikut sunnah baginda. Kebanyakan manusia di akhir zaman ini lebih mengagong-agongkan orang lain dan lebih menurut hawa nafsu yang cintakan dunia melebihi segalanya serta berkehendakkan budaya hedonism dalam kehidupan mereka.

Janganlah kita menjadikan sambutan Maulidur Rasul sebagai adat semata-mata tanpa menghayati sirah perjuangan baginda dan tidak mengambil semangat perjuangan roh Islam dalam jiwa kita. Kita perlulah sentiasa mengingati dan mensyukuri akan kelahiran Nabi Muhammad yang telah menjadi pembimbing kita keluar dari kegelapan.Janganlah kita mengingati baginda Nabi Muhammad pada hari kelahiran baginda semata-mata tetapi perlulah sentiasa agar hati kita sentiasa bersama Allah dan Rasulullah serta dijauhkan daripada sifat keji dan mungkar serta ditiupkan semangat perjuangan baginda dalam menegakkan Islam di muka bumi Allah yang sementara ini.

“Sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat ke atas Nabi, wahai orang-orang beriman! Berselawatlah kamu dan berilah salam ke atas baginda”.-siapakah kita di pandangan Allah dan Rasul sekiranya masih lagi tidak mengingati dan berselawat ke atas baginda.
‘Selamat Menyambut Maulidur Rasul’.

Afifah Binti Mohd Rodzi
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar
Persatuan Mahasiswa Islam UPM

Read More...

 
Powered By Blogger | Design By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top