Kerosakan Jalan di UPM Perlukan Perhatian

Isu kerosakan jalan utama sekitar Universiti Putra Malaysia bukan lagi merupakan suatu permasalahan baru yang bukan hanya dialami oleh mahasiswa malah turut melibatkan staf universiti. kerosakan jalan ini bukan hanya membahayakan pengguna jalan raya di sini malah turut memberikan pemandangan yang kurang baik.

Melihatkan kepada permasalahan yang kian meruncing ini, tindakan segera telah diambil oleh Siti Fasihah Bt Mohd Zahari anggota Majlis Perwakilan Pelajar UPM daripada Persatuan Mahasiswa Islam UPM dengan membuat aduan rasmi kepada Naib Canselor UPM. tindakan ini diambil sebagai tindakan susulan setelah masalah kerosakan jalan utama yang menghubungkan UPM dan MARDI Serdang berjaya diselesaikan.

beberapa jalan yang diukenalpasti mengalami kerosakan teruk adalah di antara perhentian bas perpustakaan hingga Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Sekitar perpustakaan dan Fakulti Pertanian dan beberapa jalan lain lagi."kini, saya sedang menanti dan mendapatkan mamlum balas setelah aduan rasmi tersebut telah dibuat" kata beliau ketika dihubungi. menurut Siti Fasihah lagi, adalah menjadi suatu kewajipan bagi pihak universiti untuk menyediakan prasarana terbaik kepada mahasiswa selaku pengguna di universiti.

Jalan yang dikenalpasti mengalami kerosakan teruk


0 comments:

Post a Comment

 
Powered By Blogger | Design By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top